Thursday, December 20, 2018

Refleksi Minggu Ke-11

Salam Perpaduan !

Akhirnya tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu pembentangan perbandingan kurikulum dan juga rancangan pengajaran harian (lesson plan).

Ini adalah merupakan pembentangan terakhir bagi subjek kurikulum dan juga adalah penilaian berterusan. Pembentangan berlansung selama 10 minit. Oleh yang demikian, kumpulan kami membahagikan pembentangan kepada dua bahagian;

Bahagian 1
-Perbandingan kurikulum-kumpulan kami menceritakan tentang matlamat bagi setiap kurikulum yang dibandingkan, kekuatan & kelemahan.

Bahagian 2
-Pembentangan mengenai rancangan pengajaran harian (RPH)

Di sini saya kongsikan Pembentangan PowerPoint kumpulan kami

Perbandingan Kurikulum Malaysia, GCSE-Singapura, Estonia, IGCSE-UK, IB-MYP

Saya ditugaskan untuk membentangkan mengenai RPH yang bermula dengan analisis tugasan (Task Analysis). Kumpulan kami memilih merekabentuk RPH bertemakan Investigating The Cell As A Basic Unit of Living Things.

Rasional Pemilihan subtopik adalah berdasarkan kesinambungan silibus di mana bermula dengan pengetahuan paling asas stuktur & organisasi sel kemudian berkembang kepada pergerakan bahan merentasi membran plasma, komposisi kimia sel dan pembiakkan sel yang seterusnya melibatkan aplikasi teknologi terkini dalam biologi iaitu teknik pengklonan.


Saya sedang membentangkan tentang kelebihan pembelajaran secara kooperatif yang terdapat dalam RPH kumpulan kami.


Semasa sesi pembentangan, kami juga membuat penilaian bagi setiap kumpulan dan bersoal jawab mengenai kurikulum masing-masing. Secara keseluruhannya, kesemua kurikulum yang dibandingkan oleh setiap kumpulan mengaplikasikan Pembelajaran Abad Ke-21 yang berpusatkan pelajar dan menekankan aplikasi ilmu yang dipelajari dalamkehidupan seharian unyuk kebaikkan diri, masyarakat dan negara.

Selain itu, saya mendapati bahawa terdapat juga kadar bunuh diri yang tinggi di Findland. Salah satu sebab mungkin akibat mereka terlalu tertekan dengan peperiksaan kemasukkan (admission) ke institut pengajian tinggi. Sekiranya tidak melepasi peperiksaan kemasukkan itu, mereka tidak dapat melayakkan diri ke institut pengajian tinggi. 

Pada pendapat saya, pembelajaran yang ideal ialah pembelajaran yang menyeronokkan dan berpusatkan pelajar. Sekiranya pelajar belajar dalam keadaan yang gembira mereka lebih mudah memahami pengajaran dan tidak akan berasa tertekan dengan peperiksaan kerana mereka tidak menghafal (rote memory) tapi memahami dengan mendalam (deep understanding).

Sebagai bakal guru, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk merekabentuk pengajaran & pembelajaran yang menarik dan bermakna untukpara pelajar saya. Saya akan sentiasa cuba untuk kekal up to date dengan teknologi semasa bagi manfaat para pelajar.

Sekian sahaja entri pada kali ini. Assalamualaikum.




Refleksi Minggu Ke-10

Salam Sejahtera,

Syukur masih diberikan kesihatan yang baik untuk menulis pada entri kali ini. Begitu cepat masa berlalu dan tanpa sedar pengajian saya sudah pada minngu yang ke-10. Hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi sebelum tamat Semester 1 bagi Pengajian Diploma Pendidikan Pascasiswazah (DPP) masih banyak tugasan yang belum disiapkan lagi dan di tambah pula dengan minggu micro teaching bagi teras Biologi. 

Fuhh, sungguh mencabar program DPP ini disebabkan tempoh pengajian hanya selama setahun sahaja dan jumlah tugasan yang banyak. 


Perbincangan kriteria pemarkahan projek dan rancangan pengajaran

Bagi subjek kurikulum pada minggu ini, memandangkan sudah hampir tamat semester 1, Dr Dorothy telah membincangkan dan menghuraikan kembali kriteria pemarkahan bagi setiap tugasan yang telah diberikan.


Saya rasa sangat bertuah kerana mengikuti kelas Dr. Dorothy kerana penjelasan dan penerangan yang beliau berikan semasa di dalam bilik kuliah mudah difahami. Saya juga amat bersyukur kerana mempunyai ahli kumpulan yang sangat aktif dan bekerjasama dalam menyiapkan tugasan berkumpulan. Ahli kumpulan saya adalah Rahman, Fazlina dan Elfera.


Antara tugasan yang diberikan ialah, menghasilkan blog ini sebagai satu sumber refleksi bagi pembelajaran kurikulum, perbandingan kurikulum merentas negara dan rancangan pengajaran (lesson plan).

Bagi tugasan perbandingan kurikulum, kumpulan saya telah menyiapkan analisis kurikulum dan  juga rancangan mengajar bagi topik masing-masing di bawah tema The Cell As A Basic Unit Of Living Things iaitu pembelajaran subjek Biologi.

Dr Dorothy menerangkan tentang kriteria pembentangan mengenai perbandingan kurikulum dan juga rancangan pengajaran. Beliau juga menegaskan tentang penghasilan  rancangan pengajaran yang inovatif, menarik,kreatif dan pembelajaran haruslah memfokuskan kepada pelajar (student-centered). Penilaian dan pemarkahan akan dilakukan mengikut kumpulan.


Guru adalah sebagai pemudah cara dan pembimbing manakala murid sebagai individu yang meneroka pembelajaran dan idea secara konstruktivisme.

Kami diberikan masa untuk berbincang dalam kumpulan masing-masing untuk membuat penambahbaikkan dalam tugasan-tugasan yang telah diberikan. Dalam menyelesaikan tugasan, adalah amat penting bagi kita sebagai guru untuk memberikan masa dan peluang kepada murid-murid  untuk berbincang dan berkongsi idea bagi menyiapkan tugasan.

Di sini saya dapat simpulkan bahawa kelas pada minggu ini adalah lebih kepada perbincangan secara kumpulan bagi menyiapkan tugasan. Kaedah ini adalah berteraskan cooperative learning dan adalah sesuai diamalkan Sepanjang kelas juga Dr Dorothy telah membantu setiap kumpulan dengan menjawab pertanyaan dan memberikan penerangan serta pendapat. 


Terdapat perbezaan antara pembelajaran secara cooperative dan colaberative. Saya lebih menggemari pembelajaran secara cooperative di mana pelajar di dalam kumpulan masing-masing berasa bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberi dan berusaha bersungguh-sungguh menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru.

Saya akan menggunakan kaedah ini apabila menjadi seorang guru kelak kerana kaedah ini bukan sahaja dapat membantu para pelajar belajar dengan lebih efektif tetapi dapat mengoptimumkan masa pengajaran yang singkat iaitu hanya 45 minit bagi satu masa tetapi dapat mencapai hasil pembelajaran yang lebih menyeluruh.

Untuk maklumat lanjut mengenai kaedah cooperative dan perbezaannya dengan kaedah collaborative boleh melayari laman web berikut.

Collaborative vs Cooperative Learning

Image result for cooperative education meaning




 Sesi perbincangan kumpulan (Dari Kanan:Elfira, Amal, Fazlina & Rahman)


Sekian sahaja entri pada kali ini. Semoga pembentangan pada minggu hadapan berjalan lancar :)

Refleksi Minggu Ke-9 (Pedagogi & Instructional Strategy )

Salam perpaduan

Hai semua para pembaca. Pada minggu ini, kami telah belajar mengenai pedagogi.

Apakah pedagogi?



Image result for makna pedagogi

Pada minggu ini, kami telah belajar mengenai teknik pengajaran. Dr. Dorothy telah menunjukkan beberapa penggunaan teknologi yang menarik untuk digunakan dalam sesi pengajaran.

Antaranya teknologi yang digunakan adalah seperti berikut:

1) Powtoon

Aplikasi ini boleh digunakan sebagai alternatif kepada PowerPoint bagi menyampaikan kandunagn pengajaran kepada para pelajar.


Saya juga telah meneroka aplikasi Powtoon dan menghasilkan satu pembentangan mengenai  topik Mitosis bagi subjek Biologi Tingkatan 4.

Silalah tonton & subscribe channel saya di bawah :)

Phases of Mitosis





2) Kahoot

Pertama kali saya mengetahui tentang aplikasi Kahoot adalah melalui kelas Biologi Sel, di mana kami telah menjawab kuiz berkaitan dengan subjek tersebut.

Saya berpendapat aplikasi ini sangat membantu untuk  menarik perhatian para pelajar kerana mereka akan berasa bersemangat untuk bersaing dengan rakan dalam menjawab soalan-soalan yang diberikan.

Dalam aplikasi ini, pelajar perlu menjawab dengan cepat dan tepat. Di akhir kuiz, pemenang dengan markah tertinggi akan dipaparkan di skrin.

Aplikasi ini amat sesuai digunakan dalam fasa  'Gain Attention' dalam Gagne's 9 Events of Learning.

Pada pendapat saya juga aplikasi ini merupakan suatu pentaksiran secara formatif dan dapat mengetahui perkembangan pembelajaran para pelajar.






Di dalam kelas kurikulum juga Dr Dorothy juga telah membuat kuiz tentang padagogi di dalam kelas.

Saya juga telah mendapat tempat ke 7 untuk kuiz  tetapi saya terlupa untuk mengambil gambar sebagai bukti.

Oh no! :(

Kahoot (Pedagogi)

3) Augmented reality

Selain itu, Dr. Dorothy telah menunjukkan cara untuk melihat gambar secara augmented reality.

Defination:

"Augmented reality is a technology that superimposes a computer-generated image on a user's view of the real world, thus providing a composite view".


Gambar Starbuck secara augmented reality

Saya telah mencuba melihat gambar Starbuck seperti di atas.Ianya merupakan suatu pengalaman baru yang menarik !


Saya juga berasa saya boleh menggunakan aplikasi ini bagi subjek biologi seperti melihat bentuk sebenar jantung dan molekul seperti di bawah.

Gambar molekul

Gambar Jantung

 4) Virtual reality

Dr. Dorothy juga menyediakan VR Box untuk dicuba oleh kami semua.

Contoh Virtual Reality

Rakan saya sedang mencuba VR Box

Kami juga membuat perbincangan secara berkumpulan mengenai pedagogi di mana kumpulan saya telah mendapat teknik pengajaran secara spaced learning seperti di bawah dan saya telah mewakili kumpulan saya untuk membentangkan hasil dapatan kami kepada rakan-rakan lain.

Saya membentangkan kepada kelas tentang pembelajaran secara spaced learning



Sekian sahaja entri pada kali ini. Ciao :)




Wednesday, December 19, 2018

Refleksi ke -8 ( Lesson Plan / Rancangan Pengajian Harian)

Hi semua  :)

Bertemu kembali dalam entri pada kali ini. Pada minggu ini, kami tidak bertemu dengan Dr Dorothy tetapi kami diberikan ruang untuk berbincang mengenai lesson plan ataupun dikenali sebagai rancangan pengajaran harian (RPH).

Beliau menekankan bahawa kami perlu membuat analisis tugasan (Task analysis ) dan tema pembelajaran yang sama supaya mempunyai kesinambungan. Beliau juga menyarankan supaya kami merujuk kepada tugasan memasak dan juga Gagne's  9 Level of Learning.


Gagne's 9 Level Of Learning




Kumpulan kami telah memilih untuk membuat rancangan pengajaran subjek Biologi, Tingkatan 4,KBSM


Berikut adalah contoh-contoh model bagi rekabentuk rancangan pengajaran harian;

1. Gagne Model

https://www.slideshare.net/LeelaSubramaniamLeela/gagnes-9-example-and-template1-87199660


2. 5E Model

https://i.pinimg.com/originals/a5/61/0f/a5610f2b9b8f97a4c2291e0df5bf9808.png




3.WIPPEA Model




Saya telah menggunakan Model WIPPEA dalam pembinaan rancangan pengajaran harian saya.

Selain itu, saya juga telah menggunakan model WIIPEA ini semasa micro teaching bagi subjek Biologi Sel baru-baru ini.

Saya amat menyukai model WIPPEA ini kerana pada pendapat saya , model ini sangat mudah, ringkas dan senang difahami.

Apakah pendapat kalian? Model rekabentuk pengajran yang manakah yang lebih anda gemari?

Mengapa?

Sila kongsi pendapat anda di ruangan komentar . terima kasih ~


Jumpa lagi pada entri berikutnya. :)



Refleksi Minggu Ke-7 ( Perbincangan Perbandingan Kurikulum-Malaysia, Estonia, IGCSE-UK , GCSE-Singapore & IB-MYP)

Salam Perpaduan

Hi Semua!

Pada minggu ini kami telah membuat perbincangan perbandingan kurikulum bagi Silibus Biologi menengah atas. Kumpulan kami telah menghantar tugasan tersebut pada Dr Dorothy dan pada hari ini beliau telah memberikan maklum balas kepada setiap kumpulan.

Bagi kumpulan kamitelah membuat perbandingan antara kurikulum Malaysia, Estonia, IGCSE-UK , GCSE-Singapore dan IB-MYP.

Perbandingan dilakukan berdasarkan 7 perkara atau aspek seperti berikut;



           1.Matlamat    
           2.Objektif / Hasil Pembelajaran    
           3.Pengalaman Pembelajaran
           4.Struktur Pengalaman Pembelajaran    
           5.Penilaian Pengalaman Pembelajaran
            6.Kekuatan
            7.Kelemahan

Saya telah membuat perbandingan tentang kurikulum IGCSE-UK.  IGCSE adalah ringkasan daripada International General Certificate of Secondary Education.





Mengapakah saya memilih IGCSE UK??

  • Pensijilan IGCSE-UK mendapat pengiktirafan dunia
  • Diiktiraf oleh universiti di seluruh dunia
  • Diiktiraf oleh majikan di seluruh dunia
  • Pembelajaran berpusat kepada pelajar 


Matlamat kurikulum Biologi IGCSE-UK adalah seperti berikut;

1)      Cambridge IGCSE bermatlamat untuk melahirkankan pelajar yang berinovasi, berpenglibatan, berkeyakinan diri,bertanggung-jawab dan berefleksi.
2)      IGCSE Biologi menyediakan pembelajaran yang menyeronokkan dan bermanfaat kepada pelajar.
3)      Memupuk sikap prihatin terhadap ketepatan dan kejituan, objektif,integiri, inkuiri, dan reka cipta.

4)      Menghargai kepentingan sains dalam aspek sosial,ekonomi,teknologi,etika dan pengaruh budaya dan limitasi.

Objektif IGCSE-UK adalah berdasarkan pentaksiran (assessment oriented)  iaitu peperiksaan IGCSE. Ini adalah berbeza dengan kurikulum Estonia yang menekankan problem-based  dan IB-MYP yang 

 Pengalaman pembelajaran pula adalah sama seperti Malaysia dan kurikulum lain yang dibandingkan iaitu selaras dengan pembelajaran abad ke 21 yang berpusatkan pelajar dan menekankan elemen inkuiri, saintifik serta perkaitan dengan pesekitaran, masyarakat dan negara. 

Struktur pembelajaran juga bersifat kolaboratif dan kooperatif serta konstuktivism. Pelajar adalah sebagai pencari ilmu dan guru bertindak sebagai pemudah cara.

Bagi pentaksiran Biologi, terdapat dua jenis pentaksiran iaitu Teras (Core) dan Lanjutan  (Extended). Pelajar boleh memilih salah satu. Bagi pentaksiran adalah lebih mudah berbanding pentaksiran Lanjutan.

Di Malaysia, kurikulum IGCSE-UK juga digunapakai oleh sekolah-sekolah antarabangsa dan juga di MRSM sama seperti IB-MYP.

Untuk Maklumat Lanjut Mengenai IGCSE-UK bolehlah melayari laman web ini.




Tahap Pembelajaran IGCSE-UK





Kekuatan & Kelemahan IGCSE melalui analisis saya adalah seperti berikut;



Kekuatan

1)      Sistem kurikulum yang mendapat pengiktirafan antarabangsa, universiti dan majikan seluruh dunia.

2)      Kurikulum bercorak  fleksibel dengan lebih 70 subjek pilihan membolehkan pelajar memilih subjek yang ingin dipelajari dan menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna.

3)      Subjek Biologi juga mempunyai dua silibus yang berbeza (teras & lanjutan) iaitu mengikut tahap pencapaian pelajar memudahkan proses pengajaran guru &pembelajaran murid.

4)      Pelaksanaan proses pembelajaran yang fleksibel boleh mengikut kreativiti guru.
Pelaksanaan subjek dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa ibunda memudahkan pemahaman pembelajaran oleh pelajar

Kelemahan
1)      Pencapaian pelajar lebih banyak bergantung kepada usaha pelajar sendiri (self-driven) kerana guru hanya memberikan ilmu asas (foundation) dan pelajar perlu mencari maklumat tambahan bagi.

2)      Penilaian berfokus kepada pentaksiran.

3)      Sistem pemarkahan yang rigid menyebabkan sukar untuk cemerlang dalam penilaian IGCSE.

4)      Masalah pembahagian masa oleh pelajar kerana sistem yang fleksibel memerlukan pelajar merancang proses ulangkaji pelajaran sendiri dan tidak hanya bergantung kepada pengajaran  guru semata-mata.

Kesimpulannya, meskipun terdapat perbezaan struktur pembelajaran seperti problem-based,project -based dan sebagainya namun kesemua kurikulum yang dibandingkan  adalah berpusatkan kepada pelajar selaras dengan pembelajaran abad ke-21.







Sekian sahaja pada kali ini.Jumpa lagi pada penulisan akan datang :)




Sunday, December 2, 2018

Refleksi Minggu Ke-6 (Design Phase)

Salam 1 Malaysia,

Pada minggu ini, Dr Dorothy telah membincangkan tentang tugasan cara memasak nasi. Berikut adalah maklum balas daripada Dr Dorothy.

Feedback

Feedback comments
View summary
Fantastic. You have done a learner and instructional analysis based on the goal. However, there was not much on the context. 

Secara keseluruhan, saya telah menjawab tugasan dengan baik tetapi kurang menjelaskan konteks pelajar. Terdapat beberapa faktor lagi yang perlu diambil kira seperti kebolehan fizikal pelajar pra sekolah untuk membasuh beras.berdasarkan ketinggian mereka, sudah pasti memerlukan alat bantuan seperti kerusi untuk membantu mereka mencapai sinki bagi membasuh beras.

Berikut adalah skema bagi konteks pelajar oleh Dr Dorothy.


Rubric Analysis Phase:

b.      Context-
                                                               i.       in classroom/ kitchen; height of sink, equipment – adjusted to learners’ height or not?
                                                             ii.      - amount of control for learner – teacher guides/ teacher does cooking;
                                                            iii.      where to cook – in rice cooker or charcoal

Konteks pelajar di sini merangkumi pengetahuan sedia ada, kebolehan fizikal &mental dan budaya .
Selain itu, kami juga melakukan aktiviti perbincangan dan perbandingan antara model-model reka bentuk pengajaran seperti GAGNE, Dick & Carey ,ADDIE,ASSURE, Gerlack& Ely. Model-model reka bentuk pengajaran ini boleh dijadikan panduan bagi mereka bentuk rancangan mengajar (lesson plan).

Model Gagne





Model ASSURE




Model Gerlac & Ely




Pada pendapat saya, terdapat persamaan antara model-model reka bentuk pengajaran ini dan berbeza dari sudut susun atur. Sebagai contoh, kedua-dua model reka bentuk ADDIE dan ASSURE menyatakan komponen objektif tetapi berbeza pada peringkat pelaksanaan iaitu Model Reka Bentuk ADDIE, objektif dinyatakan pada dua peringkat permulaan manakala bagi Model Reka Bentuk ASSURE pada peringkat kedua.

Namun begitu, saya lebih tertarik dengan Model Reka Bentuk Gagne yang lebih mudah difahami.

1. Gain Attention- menarik minat pelajar -video, sesi soal jawab
2. Informing the learner of the objective- memberitahu pelajar apakah matlamat pembelajaran
3.Stimulating recall of prior knowledge-  mengetahui pengetahuan sedia ada pelajar dan membuat keputusan untuk mengulangi konsep tertentu ataupun terus bermula dengan konsep yang baru
4.Presenting information- memberi pengetahuan/konsep (lecture,online learning,blended learning)-PowerPoint,Video,Website,Jurnal
5. Providing guidance:Guru sebagai pemudah cara membantu murid dalam pembelajaran(case study,model)
6. Elicit performance: Pelajar melakukan aktiviti (membinamodel, membuat latihan, folio)
7. Providing feedback: maklum balas daripada guru daripada hasil aktiviti murid (presentation, quizzes)
8. Assessing performance: Pentaksiran formatif (progress)& sumatif (final assessment)
9.Enhancing retention & transfer: Pengukuhan hasil pembelajaran melalui aplikasi di dunia nyata melalui pembelajaran bermakna (meaningful learning).

Apakah model reka bentuk pilihan anda? Mengapa? Bolehlah berkongsi di ruangan komen !




Sekian, jumpa di entri berikutnya . Assalamualaikum~


Saturday, December 1, 2018

Refleksi Minggu Ke-5- Instructional Analysis (How to cook rice)

Salam Sejahtera

Pada minggu ini, cara pembelajaran kami adalah secara blended learning di mana kami tidak bertemu di kelas bersama  Dr Dorothy tetapi diberikan tugasan secara online.  

Tugasan yang diberikan adalah mengenai bahagian Instructional Analysis. Dr Dorothy juga telah menyediakan bahan rujukan dalam bentuk video dan juga nota bagi membantu kami menyiapkan tugasan. Video-video yang dikongsikan adalah daripada model ADDIE dan bagi tugasan ini berfokus kepada fasa analisis (A).

Menurut  Morrison, Ross,Kalman & Kempp, (2011) Instructional Analysis terdiri daripada;

  1. Goal analysis- proses analisis matlamat yang ingin dicapai
  2. Learner analysis- proses analisis kumpulan sasaran (target audience)
  3. Contextual analysis-proses analisis persekitaran pembelajaran (surrounding)
  4.  Task Analysis- proses pembahagian langkah-langkah dalam pembelajaran kepada beberapa bahagian mengikut susunan yang sistematik
Fasa analisis adalah seperti berikut;


1.Instructional goals: Matlamat akhir yang ingin dicapai daripada pembelajaran
2.Instructional analysis: Langkah-langkah spesifik yang diperlukan bagi mencapai matlamat
3.Learner analysis: Pengetahuan sedia ada para pelajar (prior knowledge)
4.Learning objective: pembelajaran yang perlu dikuasai oleh pelajar setelah tamat pembelajaran sama ada pengetahuan, kemahiran ataupun sikap.

Anda juga boleh menonton video di bawah sebagai rujukan

Fasa Analisis




Tugasan 

Tugasan yang diberikan adalah seperti di bawah iaitu tentang cara memasak nasi bagi dua kategori pelajar yang berbeza (pelajar prasekolah dan pelajar dewasa-Denmark)dan saya juga sertakan jawapan yang telah saya berikan bagi tugasan ini.









Perbezaan peringkat umur dan tahap kognitif serta kebolehan fizikal



Question 1:
1. Write down the things you need to consider when preparing a lesson to teach how to cook rice for a class of preschool students (5 years old). Write your goal analisis, and your instructional analysis on what you need to teach.
Considerations to be made are including the learners’ age, context, and prior knowledge in cooking rice. The first consideration is the learners’ age which is 5 years old that usually have no experience in cooking rice. As such, the teacher need to guide the student with a specific and detailed step by step. The teacher need to demonstrate the actual steps of cooking rice to the students. Next, the students’ context whether the student know what is the rice cooker look like?  Do they have a rice cooker at home? Do they actually eat white rice at home? and lastly the prior knowledge of cooking rice whether the student ever read about it or witness the actual process or have they ever been taught on how to cook rice?
The goal analysis is to teach and demonstrate the process to cook white rice to the preschool’s student .Instructional analysis comprises all the necessary steps to carry out instructional goals. The first step is the students need to identify the correct white rice type and the rice cooker. In this step the teacher (me) need to introduce the student the white rice and also the rice cooker. Secondly, the students need to know the amount of rice need to be cooked for a single person. Thirdly, the students need to know how to wash rice properly using tap water. Fourthly, the student should know the correct amount of water to be used to cook rice. Fifthly, the students should be able to use the rice cooker and adhere to the precautions steps. Next,the students should be able differentiate between well-cooked rice and not well-cooked rice. Finally, the student will be able to cook rice by using the correct procedure.
1.Tools
1. Rice cooker
2. Measuring cup
3. Dry cloth
4. Gloves
3.Power supply
2. Ingredients
1.Rice
2.Water
Procedures to cook rice for preschool student.
  1. First, the teacher (me) will introduce and show the tools (rice cooker, measuring cup & power supply) and ingredients (white rice and water) used  to cook rice to the students
  2. Secondly, the teacher will demonstrate how to measure the rice. Take one cup of rice using the measuring cup and put into the rice pot.
  3. Third step, the teacher will demonstrate how to wash the rice by rinsing the rice three times using tap water.
  4. Fourthly, put 1 ¼ cup of tap water into the rice pot.
  5. Next, wipe the outer part of the rice pot with a dry cloth.
  6. After that, place the pot into the rice cooker and cover with the lid.
  7. Connect the rice cooker cable to the power supply . Remind the student to wipe their hand dry  to avoid being electrocuted.
  8. Turn on the switch and press down the cook button.
  9. Leave the rice to be cooked for 45 minutes.
  10. After 45 minutes, teach the student to observe  the cook button which already showed keep warm that indicate the rice is already cooked. By using glove,take out small portion of rice and let cool.
  11. Teach the student to differentiate the well-cooked rice and not well-cooked rice by asking the student to pinch the rice. If the rice is soft, consider the rice is well -cooked and if it is hard, consider the rice is not well-cooked.
  12. Remind the student the important of the well-cooked rice to avoid stomach ache.
Question 2:
Next, imagine you have to teach a class of adult students, say a group of students from Denmark, who have no experience in cooking rice, nor do they have a rice cooker. What needs to change in your instructional analysis
 In view of teaching a group of adult learners, I will not go into details on the introduction regarding tools & ingredients.. I will provide a simplified procedures on how to cook rice using a traditional or electric stove as alternatives to rice cooker. As for the type of rice used will be more flexible which they can use either white rice or brown rice. I will also allow them to retrieve information on how to cook rice on the stove from various resources including friends, media and internet (YouTube) which actually applying the concept of connectivism.
 Simplified procedures for Denmark's students.
  1. Prepare cooking pots,rice and water to cook rice.
  2. Take one cup of rice and put inside the cooking pot.
  3. Wash the rice using tap water by rinsing three times.
  4. Put 1 ¼ cup of water into the pot.
  5. Turn on the stove using medium heat and place the cooking pot accordingly.
  6. Cover the pot with the lid and ensure to lift up the lid a little bit to avoid water to spill out of the pot.
  7. Stir the rice with 15 minutes intervals for 45 minutes to avoid the rice from burnt.
  8. After 45 minutes, pinch the rice. If it is soft, considered the rice is well-cooked.
  9. If not, add a little bit water just to cover the rice surface  and continue to cook with the medium heat for another 15 minutes. Repeat this step until the rice is soft.


Bagi pendapat saya, Instructional Analysis amat penting dan sangat membantu dalam merancang lesson plan  dengan cara yang sistematik dan bersturktur pada masa akan datang. Sebagai guru, adalah amat penting untuk kita mengetahui pengetahuan sedia ada para pelajar supaya mereka dapat belajar dengan lebih efektif dan tidak berasa bosan. Guru juga haruslah mengambil kira tahap cognitif,persekitaran pembelajara dan budaya para pelajar sebagai panduan bagi merangka sesi pembelajaran.



Kepelbagaian latar belakang para pelajar




Apakah pendapat anda? Adakah Instructional analysis penting dan membantu dalam merancang  rancangan pengajaran harian (RPH)?