7.Kelemahan
Saya telah membuat perbandingan tentang kurikulum IGCSE-UK. IGCSE adalah ringkasan daripada International General Certificate of Secondary Education.
Mengapakah saya memilih IGCSE UK??
- Pensijilan IGCSE-UK mendapat pengiktirafan dunia
- Diiktiraf oleh universiti di seluruh dunia
- Diiktiraf oleh majikan di seluruh dunia
- Pembelajaran berpusat kepada pelajar
Matlamat kurikulum Biologi IGCSE-UK adalah seperti berikut;
1) Cambridge
IGCSE bermatlamat untuk melahirkankan pelajar yang berinovasi, berpenglibatan,
berkeyakinan diri,bertanggung-jawab dan berefleksi.
2) IGCSE
Biologi menyediakan pembelajaran yang menyeronokkan dan bermanfaat kepada
pelajar.
3) Memupuk
sikap prihatin terhadap ketepatan dan kejituan, objektif,integiri, inkuiri, dan
reka cipta.
4) Menghargai
kepentingan sains dalam aspek sosial,ekonomi,teknologi,etika dan pengaruh
budaya dan limitasi.
Objektif IGCSE-UK adalah berdasarkan pentaksiran (assessment oriented) iaitu peperiksaan IGCSE. Ini adalah berbeza dengan kurikulum Estonia yang menekankan problem-based dan IB-MYP yang
Pengalaman pembelajaran pula adalah sama seperti Malaysia dan kurikulum lain yang dibandingkan iaitu selaras dengan pembelajaran abad ke 21 yang berpusatkan pelajar dan menekankan elemen inkuiri, saintifik serta perkaitan dengan pesekitaran, masyarakat dan negara.
Struktur pembelajaran juga bersifat kolaboratif dan kooperatif serta konstuktivism. Pelajar adalah sebagai pencari ilmu dan guru bertindak sebagai pemudah cara.
Bagi pentaksiran Biologi, terdapat dua jenis pentaksiran iaitu Teras (Core) dan Lanjutan (Extended). Pelajar boleh memilih salah satu. Bagi pentaksiran adalah lebih mudah berbanding pentaksiran Lanjutan.
Di Malaysia, kurikulum IGCSE-UK juga digunapakai oleh sekolah-sekolah antarabangsa dan juga di MRSM sama seperti IB-MYP.
Untuk Maklumat Lanjut Mengenai IGCSE-UK bolehlah melayari laman web ini.
Tahap Pembelajaran IGCSE-UK
Kekuatan & Kelemahan IGCSE melalui analisis saya adalah seperti berikut;
Kekuatan
1)
Sistem kurikulum yang mendapat
pengiktirafan antarabangsa, universiti dan majikan seluruh dunia.
2)
Kurikulum bercorak fleksibel dengan lebih 70 subjek pilihan
membolehkan pelajar memilih subjek yang ingin dipelajari dan menjadikan proses
pembelajaran lebih bermakna.
3)
Subjek Biologi juga mempunyai dua
silibus yang berbeza (teras & lanjutan) iaitu mengikut tahap pencapaian
pelajar memudahkan proses pengajaran guru &pembelajaran murid.
4)
Pelaksanaan proses pembelajaran yang
fleksibel boleh mengikut kreativiti guru.
Pelaksanaan subjek dalam pelbagai bahasa
termasuk bahasa ibunda memudahkan pemahaman pembelajaran oleh pelajar
Kelemahan
1)
Pencapaian pelajar lebih banyak
bergantung kepada usaha pelajar sendiri (self-driven) kerana guru hanya
memberikan ilmu asas (foundation) dan
pelajar perlu mencari maklumat tambahan bagi.
2)
Penilaian berfokus kepada
pentaksiran.
3)
Sistem pemarkahan yang rigid
menyebabkan sukar untuk cemerlang dalam penilaian IGCSE.
4)
Masalah pembahagian masa oleh
pelajar kerana sistem yang fleksibel memerlukan pelajar merancang proses
ulangkaji pelajaran sendiri dan tidak hanya bergantung kepada pengajaran guru semata-mata.
Kesimpulannya, meskipun terdapat perbezaan struktur pembelajaran seperti problem-based,project -based dan sebagainya namun kesemua kurikulum yang dibandingkan adalah berpusatkan kepada pelajar selaras dengan pembelajaran abad ke-21.
Sekian sahaja pada kali ini.Jumpa lagi pada penulisan akan datang :)
|
No comments:
Post a Comment