Salam sejahtera,
Pada sesi pembelajaran yang lepas, saya telah mempelajari tentang proses pembinaan kurikulum di mana saya telah diperkenalkan dengan model pembinaan kurikulum oleh Ralph Tyler in 1949.
Berdasarkan Model Tyler, proses pembinaan kurikulum meliputi pengisian kurikulum, penghasilan dan pembentukan kurikulum , pembentukan organisasi dan penyebaran, pentaksiran dan pembangunan kurikulum.
Menurut Abu Bakar Nordin, 2014, antara elemen penting bagi pembinaan kurikulum adalah merangkumi;
1.Matlamat-hasrat keseluruhan kurikulum
2.Objektif atau hasil pembelajaran- menerangkan konteks dalam situasi pembelajaran, penting bagi merancang aktiviti pembelajaran
3.Penyusunan pengalaman pembelajaran-memfokuskan pelajar dan persekitaran pembelajaran
integrasi vertical (khusus subjek) & horizontal (merentas subjek).
4.Penilaian pengalaman pembelajaran-pentaksiran untuk mengenalpasti objektif dan matlamat telah dicapai
Di Malaysia, matlamat kurikulum adalah berteraskan kepada empat elemen utama iaitu JERI yang memfokuskan penghasilan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Ciri-ciri kurikulum Malaysia pula bercirikan kurikulum spiral Tayler di mana pembelajaran topik yang berulang tetapi pada tahap yang lebih tinggi bagi memastikan penguasaan pengetahuan secara komprehensif.
Saya juga turut berpendapat bahawa negara Malaysia lebih mengadaptasikan model kurikulum Tyler yang berfokuskan masyarakat secara keseluruhan berbanding Model Hilda Taba yang memfokuskan kepada komuniti setempat.
Akan tetapi kurikulum di Malaysia pada masa kini juga telah mengadaptasikan model kurikulum Taba dalam konteks penghasilan pelajar yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
Berikut adalah beberapa perbezaan model kurikulum Tyler dengan model kurikulum Taba.
Apakah pendapat anda?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Hi semua :) Bertemu kembali dalam entri pada kali ini. Pada minggu ini, kami tidak bertemu dengan Dr Dorothy tetapi kami diberikan ruang ...
-
Salam sejahtera, Pada sesi pembelajaran yang lepas, saya telah mempelajari tentang proses pembinaan kurikulum di mana saya telah diperkena...
-
Salam sejahtera. Pada minggu pertama , saya telah diperkenalkan dengan peringkat-peringkat kurikulum. Secara ringkasnya, terdapat tiga per...
No comments:
Post a Comment