Thursday, October 11, 2018

Refleksi Minggu 1 & 2

Salam sejahtera.

Pada minggu pertama , saya telah diperkenalkan dengan peringkat-peringkat kurikulum. Secara ringkasnya, terdapat tiga peringkat kurikulum  iaitu;

1. Planned curriculum-kurikulum piawai yang telah dikonstruk oleh sesuatu pihak berkuasa.
Sebagai contoh, , kurikulum di Malaysia dipertanggungjawabkan  kepada Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) di bawahseliaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. Enacted curriculum- Pengajaran sebenar guru semasa di dalam kelas di mana guru akan membuat penilaian terhadap keberkesanan sesuatu teknik pengajaran.

3. Experienced curriculum- Merupakan keadaan atau pengalaman  sebenar pelajar semasa proses pembelajaran di dalam kelas.



Kredit kepada Dr Dorothy, Universiti Malaya (nota kuliah)

Pada minggu kedua pula saya telah mempelajari 6 definisi kurikulum di mana kumpulan saya telah membuat pembentangan mengenai definisi kurikulum yang keenam iaitu "Curriculum is the questioning of authority and the searching for complex views of human situations."

Kredit kepada Dr Dorothy, Universiti Malaya (nota kuliah)

Definisi keenam ini mempersoalkan pihak berkuasa dalam bidang pendidikan mengenai kesesuaian kurikulum dengan keadaan semasa serta mepersoalkan ruang dan hak bersuara (guru,masyarakat & pelajar) tentang penyusunan kurrikulum yang telah digubal. 
Pihak berkuasa yang dimaksudkan di sini dalam konteks negara Malaysia, adalah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan juga Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK).

Bagi pendapat saya, realitinya di Malaysia, masyarakat tidak diberikan peluang untuk mempersoalkan hakbersuara terhadap kurikulum kerana tanggungjawab penilaian relevan atau tidak sesebuah kurikulum itu terletak kepada justifikasi BPK secara mutlak di bawah seliaan KPM. Maka pakar-pakar dalam BPK haruslah sentiasa mengkaji kurikulum di Malaysia agar sentiasa seiring dengan keperluan semasa. Sebagai contoh peralihan KBSR kepada KSSR, KBSM kepada KSSM dan HSP kepada DSKP. 

Sebenarnya setiap definisi kurikulum ini saling berkaitan antara satu sama lain dalam pembentukan kurikulum yang holistik.



Apakah definisi kurikulum melalui perspektif saya sendiri?


Pada pendapat saya, kurikulum adalah kompetensi dalam pendidikan. Hal yang demikian kerana kompetensi ditafsirkan sebagai perkaitan sikap,kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh dan diaplikasikan pada konteks tertentu untuk kejayaan dalam pembelajaran dan juga kehidupan (Kajian Kes  Kanada (K-12);muka surat 19,perenggan 4. Ini adalah bertepatan dengan matlamat akhir sesuatu pembelajaran iaitu pengaplikasian dalam kehidupan seharian.

Manakala di Negara Malaysia pula, pembelajaran lebih menjurus kepada peperiksaan (exam oriented). Oleh yang demikian, adalah wajar untuk diperbanyakkan latihan amali dan juga latihan industri agar pelajar dapat mengalami keadaan sebenar dann menguasai sesuatu pengetahuan ataupun kemahiran yang kemudiannya dapat digunakan dalam kehidupan seharian.

Bagaimanakah pula dengan pendapat anda?



No comments:

Post a Comment