Thursday, December 20, 2018

Refleksi Minggu Ke-9 (Pedagogi & Instructional Strategy )

Salam perpaduan

Hai semua para pembaca. Pada minggu ini, kami telah belajar mengenai pedagogi.

Apakah pedagogi?



Image result for makna pedagogi

Pada minggu ini, kami telah belajar mengenai teknik pengajaran. Dr. Dorothy telah menunjukkan beberapa penggunaan teknologi yang menarik untuk digunakan dalam sesi pengajaran.

Antaranya teknologi yang digunakan adalah seperti berikut:

1) Powtoon

Aplikasi ini boleh digunakan sebagai alternatif kepada PowerPoint bagi menyampaikan kandunagn pengajaran kepada para pelajar.


Saya juga telah meneroka aplikasi Powtoon dan menghasilkan satu pembentangan mengenai  topik Mitosis bagi subjek Biologi Tingkatan 4.

Silalah tonton & subscribe channel saya di bawah :)

Phases of Mitosis





2) Kahoot

Pertama kali saya mengetahui tentang aplikasi Kahoot adalah melalui kelas Biologi Sel, di mana kami telah menjawab kuiz berkaitan dengan subjek tersebut.

Saya berpendapat aplikasi ini sangat membantu untuk  menarik perhatian para pelajar kerana mereka akan berasa bersemangat untuk bersaing dengan rakan dalam menjawab soalan-soalan yang diberikan.

Dalam aplikasi ini, pelajar perlu menjawab dengan cepat dan tepat. Di akhir kuiz, pemenang dengan markah tertinggi akan dipaparkan di skrin.

Aplikasi ini amat sesuai digunakan dalam fasa  'Gain Attention' dalam Gagne's 9 Events of Learning.

Pada pendapat saya juga aplikasi ini merupakan suatu pentaksiran secara formatif dan dapat mengetahui perkembangan pembelajaran para pelajar.






Di dalam kelas kurikulum juga Dr Dorothy juga telah membuat kuiz tentang padagogi di dalam kelas.

Saya juga telah mendapat tempat ke 7 untuk kuiz  tetapi saya terlupa untuk mengambil gambar sebagai bukti.

Oh no! :(

Kahoot (Pedagogi)

3) Augmented reality

Selain itu, Dr. Dorothy telah menunjukkan cara untuk melihat gambar secara augmented reality.

Defination:

"Augmented reality is a technology that superimposes a computer-generated image on a user's view of the real world, thus providing a composite view".


Gambar Starbuck secara augmented reality

Saya telah mencuba melihat gambar Starbuck seperti di atas.Ianya merupakan suatu pengalaman baru yang menarik !


Saya juga berasa saya boleh menggunakan aplikasi ini bagi subjek biologi seperti melihat bentuk sebenar jantung dan molekul seperti di bawah.

Gambar molekul

Gambar Jantung

 4) Virtual reality

Dr. Dorothy juga menyediakan VR Box untuk dicuba oleh kami semua.

Contoh Virtual Reality

Rakan saya sedang mencuba VR Box

Kami juga membuat perbincangan secara berkumpulan mengenai pedagogi di mana kumpulan saya telah mendapat teknik pengajaran secara spaced learning seperti di bawah dan saya telah mewakili kumpulan saya untuk membentangkan hasil dapatan kami kepada rakan-rakan lain.

Saya membentangkan kepada kelas tentang pembelajaran secara spaced learning



Sekian sahaja entri pada kali ini. Ciao :)




No comments:

Post a Comment