Salam Perpaduan !
Akhirnya tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu pembentangan perbandingan kurikulum dan juga rancangan pengajaran harian (
lesson plan).
Ini adalah merupakan pembentangan terakhir bagi subjek kurikulum dan juga adalah penilaian berterusan. Pembentangan berlansung selama 10 minit. Oleh yang demikian, kumpulan kami membahagikan pembentangan kepada dua bahagian;
Bahagian 1
-Perbandingan kurikulum-kumpulan kami menceritakan tentang matlamat bagi setiap kurikulum yang dibandingkan, kekuatan & kelemahan.
Bahagian 2
-Pembentangan mengenai rancangan pengajaran harian (RPH)
Di sini saya kongsikan Pembentangan PowerPoint kumpulan kami
Saya ditugaskan untuk membentangkan mengenai RPH yang bermula dengan analisis tugasan (
Task Analysis). Kumpulan kami memilih merekabentuk RPH bertemakan
Investigating The Cell As A Basic Unit of Living Things.
Rasional Pemilihan subtopik adalah berdasarkan kesinambungan silibus di mana bermula dengan pengetahuan paling asas stuktur & organisasi sel kemudian berkembang kepada pergerakan bahan merentasi membran plasma, komposisi kimia sel dan pembiakkan sel yang seterusnya melibatkan aplikasi teknologi terkini dalam biologi iaitu teknik pengklonan.
|
Saya sedang membentangkan tentang kelebihan pembelajaran secara kooperatif yang terdapat dalam RPH kumpulan kami.
Semasa sesi pembentangan, kami juga membuat penilaian bagi setiap kumpulan dan bersoal jawab mengenai kurikulum masing-masing. Secara keseluruhannya, kesemua kurikulum yang dibandingkan oleh setiap kumpulan mengaplikasikan Pembelajaran Abad Ke-21 yang berpusatkan pelajar dan menekankan aplikasi ilmu yang dipelajari dalamkehidupan seharian unyuk kebaikkan diri, masyarakat dan negara.
Selain itu, saya mendapati bahawa terdapat juga kadar bunuh diri yang tinggi di Findland. Salah satu sebab mungkin akibat mereka terlalu tertekan dengan peperiksaan kemasukkan (admission) ke institut pengajian tinggi. Sekiranya tidak melepasi peperiksaan kemasukkan itu, mereka tidak dapat melayakkan diri ke institut pengajian tinggi.
Pada pendapat saya, pembelajaran yang ideal ialah pembelajaran yang menyeronokkan dan berpusatkan pelajar. Sekiranya pelajar belajar dalam keadaan yang gembira mereka lebih mudah memahami pengajaran dan tidak akan berasa tertekan dengan peperiksaan kerana mereka tidak menghafal (rote memory) tapi memahami dengan mendalam (deep understanding).
Sebagai bakal guru, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk merekabentuk pengajaran & pembelajaran yang menarik dan bermakna untukpara pelajar saya. Saya akan sentiasa cuba untuk kekal up to date dengan teknologi semasa bagi manfaat para pelajar.
Sekian sahaja entri pada kali ini. Assalamualaikum.
|
No comments:
Post a Comment