Pada minggu ke 4,saya telah mempelajari mengenai Reka Bentuk Sistem Pengajaran iaitu Instructional Design (ID) dan juga Instructional Systems Design (ISD)
Instructional Design (ID) ditakrifkan sebagai perkembangan pengalaman pembelajaran dan persekitaran yang menggalakkan pembelajaran pengetahuan spesifik dan kemahiran.
(Merrill et al., 1996). Dengan ayat mudah, ID adalah arahan atau pengajaran (guru, instruktor, pensyarah) supaya dapat mereka bentuk persekitaran pembelajaran.
Instructional Systems Design (ISD) pula adalah sistem yang digunakan dalam mereka bentuk pengalaman pembelajaran.
Model ISD adalah prosedur teratur yang mengandungi langkah menganalisis (Analysis), mereka cipta (Design), membangunkan ,Develop), melakasana( Implement)dan mentaksir (Evaluating) arahan untuk menambahbaik kualiti & keberkesanan arahan untuk meningkatkan pembelajaran. Secara ringkasnya, Model ISD merangkumi proses ADDIE.
ADDIE
- Analisis(Analysis)
- Reka Bentuk(Design)
- Pembangunan(Development
- Perlaksanaan(Implementation)
- Penilaian(Evaluation)
Contoh model ISD adalah Model Dick & Carey dan Sistem Arahan Bela Banathy.
Untuk maklumat lanjut, bolehla melayari pautan berikut;
http://www.nwlink.com/~donclark/history_isd/carey.html ;Model Dick & Carey
http://www.nwlink.com/~donclark/history_isd/banathy.html ;Sistem Arahan Bela Banathy.
Justeru, reka bentuk modul pengajaran merupakan elemen utama dan terpenting dalam menjayakan proses pengajaran & pembelajaran sesuatu kursus. Maka, reka bentuknya perlu kepada satu teori model reka bentuk yang memperincikan fasa-fasa prosesnya dengan teliti dan sistematik seperti menggunakan elemen ADDIE.